dear friends :)

Sunday 26 February 2012

pisang ohh banana :P




 
haiyayaayaaiiii u olls! hahahahahaa.. harini aku na share plak pasal buah peberet aku ni. P I S A N G ~ hahahahhaaa.. banyak lagi buah yang aku suke makan, antaranye pisang nilahh, kat rumah pon slalu ade pisang, MESTI ade, WAJIBUNN! hahahahahhahhaha... okay, buah buahan ni banyak khasiatnye, kite je yang kadang2 tatawu, main bedal lahap semue bende(aku le tuh!). antara khasiat yang ade lam pisang ni banyak taw, na tawu?? nihh, kat bawah ni, bace lahh.. hehehe :D
 
Apakah Khasiat Buah Pisang? 

Kegunaan pisang adalah pelbagai, ia meliputi semue taw, dari akar, batang, daun, buah dan jantung pisang! Pisang bukan setakat sumber makanan, malah diusahakan dgn menggunekan teknologi moden sehingge mampu mendatangkan pulangan yang lumayan. yehaa~


Khasiat Pisang:

1.Menurunkan tekanan darah tinggi dan strok
Ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnye yg tinggi.

2. Menurunkan kolestrol
Ia rendah dari segi kalori lemak dan sodium yg membantu menurunkan kolestrol.

3. Cirit-birit
Potasium dan magnesium yg terkandung di dlm pisang amat sesuai merawat cirit-birit.

4. Anaemia
Anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

5. Kemurungan
Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

6. Pening-pening
Care paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dgn meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu.


NOTA :
  • Pisang yang paling sesuai dimakan utk menjage kesihatan ialah pisang yg masih ade warna hijau di hujungnya.
  • Kalau korang kene gigit nyamuk, gosokkan bahagian dlm kulit pisang ni kat tempat yg digigit.
  • Baby seawal usia 3 bulan jugak boley makan pisang, sebab ianya sebagai makanan pejal sebab mudah hadam.
haaa, banyak gak khasiat pisang kan, banyak membantu aku yg ngah diet ni. hehehee.. bukan yg aku yg na diet je kene makan selalu! pisang kan buah buahan jugak. kite kan kene makan buah buahan ngan sayuran dengan kuantiti yg banyak.. so, semue orang boleh makan banyak2! tapi, jgn la kerap sangat, sebab pisang tu kan manis, kang tambah plak gula lam badan, daaaa ta sehat plak. hahahahahha.. so, makan dengan kuantiti yang di tetapkan cukup la kawan! :)


 perahan otak,


TQ sudi bace entry ni. jangan lupa komen dan like ye :D

No comments: