dear friends :)

Thursday 15 March 2012

lawak ke?


 
hai hai haii :)
aku na share sikit cerita lawak ni. ada lah sedikit koleksi na share dengan korang semua. mari la baca..
 
 
 
SI KEMBAR
 
Ada sepasang bayi kembar yang seorang bernama Ali dan seorang lagi bernama Abu.Abu berbadan gempal dan sihat tapi Ali pula kurus kering kerana tak cukup menyusu dari ibunya sedangkan Abu pula sering disusukan oleh ibunya.
 
Oleh kerana si Ali marah sikap pilih kasih ibunya,maka pada satu malam ketika ibunya sedang tidur dia telah menyapukan racun pada kedua-dua susu ibunya supaya si Abu cepat mati.
 
Tetapi apabila Ali bangun dari tidur pada pagi esoknya didapati ayahnya yang meninggal dunia bukannya si Abu.
 
Persoalannya, mengapa ayah mereka yang meninggal?..
 
 
JATUH
 
Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah
bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya
menyambutnya.
 
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…
Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi…
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku….
Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!
Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu…
Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.

Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu. 
 
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…
Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi…
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Perancis : Tidur dengan aku…
Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!
Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…
Lelaki:Perancis itu melepaskan semula wanita itu.
 
Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang
dapat menangkap wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap,
jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa
tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya
menyambut wanita itu.
 
Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu
berkata-kata…
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas
jasa, saya akan tidur dengan anda.
Lelaki Arab : Astaghfirullah..
(lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)
 
 
BURUNG KAKAK TUA
 
Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.

Isteri : “Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?”
Suami : “Ooo.. awak nak tau ye??
Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya… secara spontan burung
kakak tua itu menyanyi Lagu Pop… Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula… 
Isteri : “Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?”
Suami : “Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!”
Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah
tangannya dan terdengarlah…
Burung Kakak Tua : “SATU-SATU LAH… BODOH!!!”


SEKS

Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu…
Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu bertanya…

“Cik Puan… adakah cik puan pandai bermain seks?”

Kerana terkejut… wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan
perasaan marah… Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan
bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati
sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu…

Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi
kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan
harinya jikalau dia datang lagi.

Ternyata benar… keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan
mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya
bersembunyi sambil memegang senapang…

Lelaki itu terus bertanya..

“Cik Puan… Cik Puan ni pandai tak main seks?”
“Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?”
jawab wanita itu dengan berani…
“Baguslah kalau pandai…” kata lelaki itu…
“Kalau begitu.. puaskanlah suami cik puan dan beritahu dia supaya menjauhi
isteri saya!!!”
 
 
TINGKAP PECAH
 
Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.

Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut,

“Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”
Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, “Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…”

Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.

Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata, “Bukankah anda ayahnya?”
Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya?”
 
 
 
 

TQ sudi bace entry ni. jangan lupa komen dan like ye :D

7 comments:

Anonymous said...

hihih ilang stress

zifyzaza said...

hahaha.. sekali sekali bace cerita lawak, best kan!

Nadd said...

kekeke~
kembar oh kembar.
*gelak guling-guling*

zifyzaza said...

kesian bapak si kembar, ta pasal2 mati.. huhu

zifyzaza said...

kesian bapak si kembar, ta pasal2 mati.. huhu

Reena Sidek said...

hahahaha....

zifyzaza said...

HEHEHE ...